PUTRAJAYA: Kumpulan hak wanita SIS Forum (Malaysia) pada Isnin memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan membenarkan permohonan itu secara sebulat suara.
Dalam penghakiman yang disampaikan secara dalam talian itu, Abang Iskandar berkata, permohonan SIS Forum memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan oleh itu, dibenar untuk meneruskan rayuannya.
Dalam kes sivil, pihak litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Dalam notis usul memohon kebenaran itu, SIS Forum telah mengemukakan 10 persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Antaranya sama ada fatwa, yang pernah dikeluarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan.
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum dan seorang daripada pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu.
Mahkamah Rayuan memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.
SIS Forum dan Zainah merayu kepada Mahkamah Rayuan selepas mereka tidak berjaya dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa itu. Permohonan semakan kehakiman mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.
Fatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili SIS Forum manakala Aidil Khalid hadir bagi pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Yusfarizal Yussoff mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan penasihat undang-undang negeri Khairul Nizam Abu Bakar hadir bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.
- Bernama
Bernama
Mon Aug 21 2023
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum dan seorang daripada pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu. - Gambar hiasan
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Purata gaji naik RM56 setahun, apa sudah jadi?
Ketua Pegawai Eksekutif THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari mengulas laporan KRI yang mendedahkan gaji pekerja di Malaysia tidak tumbuh dengan signifikan dalam tempoh 10 tahun lalu.
Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir
Allahyarham hadir ke masjid bersama suami terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat serta membaca surah Yasin.
Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb
Ia untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
SIS Forum dibenar merayu fatwa diisytiharkan sesat
SIS Forum memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sesat.
Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.
SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan mojoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu.
Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh SIS Forum untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.